Jenayah

SEORANG WANITA DITEMUI MATI DENGAN KESAN TIKAMAN

image

KENINGAU: Seorang remaja ditahan polis susulan penemuan seorang wanita warga Indonesia yang ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badannya di kuarters sebuah kilang di Jalan Ulu Patikang, di sini, semalam.

Mangsa berusia 45 tahun ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di pintu masuk ke rumah mangsa, jam 2.30 pagi.

Difahamkan, mangsa membuka kedai kecil-kecilan dengan menjual barangan keperluan untuk penduduk kuarters berkenaan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tikaman.

“Turut ditemui di lokasi kejadian adalah sebilah pisau yang mempunyai kesan darah di depan rumah mangsa.

“Tindakan pantas polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia pada hari yang sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahrudin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif kejadian.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Keningau untuk bedah siasat.

“Suspek berusia 16 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda