Berita Semasa

DUA ORANG DALAM SATU KENDERAAN TELAH DIBENARKAN DI SABAH

image

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan mereka yang ingin keluar membeli barang keperluan atau makanan boleh ditemani seorang individu lain dengan syarat mereka mestilah tinggal serumah, berkuatkuasa hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 4) 2020.

“Sehubungan itu, untuk barangan penjagaan kesihatan dan perubatan, seseorang boleh ditemani oleh mana-mana orang lain yang semunasabahnya perlu.

“Ini bererti seseorang itu boleh ditemani oleh seorang dalam kenderaan semasa keluar tertakluk pada penerangan di atas,” katanya Safar yang juga pengerusi Sabah Covid-19 Command Centre./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda