Jenayah

SUDAHLAH INGKAR PKP, KANTOI MENCURI LAGI

image

KOTA KINABALU: Dua lelaki bukan saja didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah turut kantoi memecah masuk sebuah rumah sebelum melarikan enam kotak jubin, Ahad lalu.

Bagaimanapun tindakan pantas pasukan polis selepas menerima maklumat daripada orang awam berjaya menahan suspek terbabit di tepi Jalan Kendara, Kampung Nosoob, di sini, jam 9.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tangkapan dibuat berikutan maklumat yang diterima oleh polis daripada orang awam yang mengatakan melihat dua lelaki menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek menceroboh masuk ke sebuah rumah, di sini, dan seterusnya mencuri enam kotak jubin yang disimpan di rumah berkenaan.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki kedua-dua suspek turut berjaya menemui semula enam kotak jubin yang dicuri.

“Kedua-dua lelaki terbabit mengaku memotong kunci pagar untuk masuk ke dalam rumah sebelum mencuri judin berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Habibi berkata, kedua-dua berusia 30-an ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek turut disiasat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Jangkitan Tempatan) No.3, 2020 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Polis akan terus berusaha meningkatkan operasi dari semasa ke semasa bagi mengekang berlakunya jenayah di daerah ini.

“Orang ramai juga dialu-alukan supaya menyalurkan maklumat berkaitan kes jenayah untuk tindakan dan pembanterasan berterusan,” katanya./beritababah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda