Berita Semasa

SABAH BELUM LAGI PUTUSKAN PERGERAKAN DUA ORANG DALAM SATU KENDERAAN

image

KOTA KINABALU: Sabah belum mengeluarkan arahan untuk membenarkan pergerakan dua orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti mana yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan, hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan yang dibuat kerajaan Persekutuan itu perlu dibincangkan dan diperincikan terlebih dahulu dalam Sabah Covid-19 Command Centre sebelum ia dilaksanakan di peringkat negeri ini.

“Kita perlu mengkaji kesannya terlebih dahulu. Sekiranya ia boleh dilaksanakan tanpa ada kesan buruk yang timbul kita akan laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pakar perubatan daripada China di, sini hari ini.

Shafie berkata, pergerakan dua orang dalam satu kenderaan hanya dibenarkan untuk tujuan tertentu, khususnya dalam perkhidmatan yang dibenarkan.

Kerajaan Persekutuan hari ini memutuskan untuk memberi sedikit kelonggaran bagi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam PKP fasa keempat dengan membenarkan dua orang bergerak dalam satu kenderaan bermula hari ini.

Bagaimanapun Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata mereka perlu terdiri daripada ahli keluarga dari rumah yang sama dan pergerakan itu bagi membeli makanan dan barang keperluan harian./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda