Kesihatan

MALAYSIA CATAT 94 KES BAHARU, TIADA KEMATIAN HARI INI : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat pertambahan 94 kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini, setakat ini, sebanyak 5,945.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abullah, dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini, memaklumkan kes baru yang dilaporkan terdiri daripada 72 kes import membabitkan warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara dan 22 jangkitan tempatan.

Beliau turut memaklumkan seramai 55 lagi pesakit sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh, setakat ini, sebanyak 4,087 atau 68.75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ini bermakna, setakat tengah hari tadi, terdapat 1,758 kes Covid-19 aktif di Malaysia.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 40 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 18 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, tiada kematian baharu membabitkan jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, bermakna jumlah korban wabak itu kekal 100./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda