Hiburan

Ayda Jebat Dan Nabil Mahir bertunang ‘online’

image

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat selamat melangsungkan pertunangan dengan pengacara Nabil Mahir secara ‘online’, hari ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram, Ayda berkata, pertunangan yang berlangsung hari ini itu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Nabil yang ke-32.

“Melamar pada hari jadi saya. Bertunang pada hari jadi anda. Saya yakin kita boleh lakukan sehingga majlis bahagia kita. Kini anda sah bergelar tunang saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil turut berkongsi perkhabaran gembira itu di Instagram.

Melangsungkan pertunangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasangan ini dilihat kreatif dalam menjayakan majlis itu.

Apa yang menarik, mereka turut berkongsi foto suntingan seolah-olah sedang berada di lokasi sama sedangkan upacara itu diadakan secara ‘online’ di kediaman masing-masing dan hanya berinteraksi di depan kamera.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda