Kesihatan

31 KES BAHARU DI MALAYSIA HARI INI, SATU LAGI KEMATIAN DI LAPORKAN

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 31 kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 5,851.

Angka berkenaan juga adalah yang terendah sejak 12 Mac lalu (sembilan kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang medianya, hari ini, bagaimanapun memaklumkan satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan setakat tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini ialah sebanyak 100.

Mengambil kira 4,032 atau 68.9 peratus yang telah sembuh termasuk 75 lagi hari ini, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah 1,719 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 36 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 17 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan./beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda