Kesihatan

AHAD TIADA KES BAHARU DI SABAH, LIMA LAGI SEMBUH : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Tiada kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah keseluruhan kes di negeri ini kekal dengan 311.

Selain itu, seramai lima lagi pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di Sabah kini sebanyak 212.

Jumlah kes Covid-19 aktif di Sabah juga menurun lima kes iaitu sebanyak 95 berbanding 100 kes semalam.

Sementara itu, tiada kes kematian dicatatkan hari ini dengan jumlah korban akibat Covid-19 di Sabah kekal sebanyak empat kes iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan jumlah kes Covid-19 selepas Selangor yang kini mencatat 1,394 kes, Kuala Lumpur (1,170), Johor (659), Sarawak (485), dan Negeri Sembilan (434)./BERITA SABAH

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda