Berita Semasa

GAGAL AMAL PENJARAKKAN SOSIAL 15 PENUMPANG BAS DITAHAN POLIS

image

SANDAKAN: Polis menahan 15 penumpang sebuah bas mini dalam sekatan jalan raya di Batu 5, di sini, pagi semalam kerana tidak mengamalkan penjarakkan sosial.

Turut ditahan adalah pemandu bas terbabit.

Semua yang ditahan termasuk seorang wanita berusia antara 15 hingga 51 tahun.

Dalam kejadian itu, bas terbabit dikatakan dalam perjalanan menghala ke pusat bandar dan ketika ditahan, semua penumpang duduk berdekatan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata semua penumpang yang ditahan memberi alasan mahu ke tempat kerja di Batu 3.

“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020./BERITA SABAH

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda