Luar Negara

Lapan bayi di pusat jagaan di Tokyo telah dijangkiti COVID-19

image

LAPAN bayi dan kanak-kanak di sebuah pusat jagaan di Tokyo, Jepun, dijangkiti koronavirus selepas seorang petugas pusat berkenaan disahkan positif COVID-19.

Hospital Saiseikai Central, yang mengendalikan pusat itu, memaklumkan pada Rabu, kesemua kanak-kanak yang dijangkiti sudah dimasukkan ke hospital, manakala 21 lagi disahkan negatif dan berada di bawah pengawasan.

Pusat tersebut menempatkan kanak-kanak yatim piatu atau mereka yang terpisah daripada ibu bapa kerana didera atau diabaikan.

Ujian turut dijalankan ke atas 47 kakitangan lain yang kini melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Bagaimanapun, kanak-kanak yang dijangkiti tidak mengalami gejala demam panas.

Setakat ini, Jepun berjaya menghalang penyebaran meluas akibat COVID-19, namun terdapat jangkitan di hospital dan beberapa kemudahan perubatan.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda