Jenayah

Seorang Penjenayah solo nekad rompak bank di Shah Alam

image

SHAH ALAM : Pekerja sebuah bank di Seksyen 13 Shah Alam di sini melalui detik cemas, apabila seorang lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan sebelum merompak bank berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang Rabu, suspek melepaskan satu das tembakan di pintu masuk sebelum memaksa salah seorang kakitangan di kaunter wang untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM3,716.

Menurut pihak polis, suspek yang dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut dilihat memakai jaket windbreaker berwarna hijau gelap dan mengenakan topeng hidung dan mulut selain turut menutup bahagian kepalanya. 

"Kami juga menemukan sebutir kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya di sini pada Rabu.

Baharudin berkata, ketika kejadian hanya empat pekerja berada berada di dalam bangunan bank tersebut  dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Chua Cheong Kheow di talian 019-4217868 dengan segera.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang boleh membawa hukuman mati.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda