Jenayah

INGKAR PKP 52 DIDAKWA DI MAHKAMAH KOTA KINABALU

image

KOTA KINABALU: Seramai 52 individu termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan keluar daripada kediaman masing-masing tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Kesemua tertuduh berusia antara 19 dan 69 tahun dan 49 daripada mereka mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.

Mereka yang mengaku salah ialah Purudong Sapahani, Mohd Fouzi Mohd Sujeri, Mohd Sezalmie Mohammad, Crispin Kiwong, Patrick Kinsan, Salihan Mohd Saleh, Alfred Nicko Nuat, Mohd Al Asri Madri,Lerry Joy Benson, Mohd Danial Othman, Samsuddin Bin Salikin, Arson Dusup, Ibrahim Rahman, Alfie Abu Bakar Sidik, Jeffery Kori, Hilary Herie Jitilon, Mohd Syahrine Anwar, Abner Insam Nasaluddin, William Monceda, Kiting Juraman, Sitti Sahara Ahmad Jun, Ismail Hamsi, Muslimin Suddin, Darrynly Rex, Haren Suleiman, Azmin Morusing, Muhammad Nur Syahiran Zainuddin, Mohammad Shahfiq, Hairul Nizam Akmal, Mohd Albin Abdillah,Shannon Pang Kuan Hing, Muslimansah Muluk, Muhd Azuan Morusing, Edwin Sagari, Ho Ka Chung, Rajim Walim, Hansar Abdul Kahal, Meljan Kamarudin, Jaison Abdul, Murpi Duriat, Desmond Timothy Jr Lim, Mohammad Masal Amir Lunda, Mohd Nur Ramdan Nilwan K. Uyong, Gajir Hasanil, Santosa @ Ali Bin Jonoh, Kristine Masungit, Mohd Azman Rahmani, Adnan Madsan Binsunari Amir, Abd Jaidi Abd Taat, dan Salbin Samla.

Tiga lagi tertuduh yang tidak mengaku salah ialah Raja La Nondo, Sulura Samuda dan Jeffery Kori.

Sebutan semula kes Raja dan Sulura pada 6 Julai depan dan mereka tidak dibenarkan untuk diikat jamin kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah, manakala sebutan semula kes Jeffery pada 7 Julai depan dan beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,000.

Mahkamah menjatuhkan hukuman Perintah Kehadiran Wajib iaitu melakukan khidmat masyarakat selama empat bulan atau penjara tiga bulan jika gagal mengikuti perintah berkenaan kepada 43 tertuduh dan hukuman berkenaan akan dilaksanakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Manakala sembilan lagi tertuduh yang tidak mempunyai dokumen sah dipenjara 14 hari bermula tarikh mereka ditangkap.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didapati melanggar PKP dan gagal menunjukkan sebab munasabah dan mereka ditahan dalam rondaan yang dilakukan di beberapa kawasan di sekitar daerah ini.
Mereka didakwa di bawah Peraturan 3 (1) serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip dan Amirah Muhammad Ali memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam tertuduh yang tidak diwakili memohon hukuman ringan kerana ada antara mereka telah berkahwin, mempunyai anak, dan tidak mempunyai pendapatan tetap./BERITA SABAH

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda