Kesihatan

Covid-19: Tiada kes positif baharu, sembilan pulih setakat 21 April di kawasan Sabah

image

KOTA KINABALU: Tiada kes Covid-19 baharu dilaporkan pada 21 April menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri Sabah kekal 308.

Bagaimanapun, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengingatkan ini tidak mengambarkan keadaan sebenar memandangkan masih terdapat sampel yang masih belum diproses.

Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata jumlah kes pesakit pulih meningkat kepada 193 apabila sembilan lagi pesakit telah sembuh dan discaj dari hospital.

Sementara itu jumlah orang yang discaj dari pusat kuarantin setakat 20 April ialah 1,441 dan kini 590 lagi masih berada di 24 pusat-pusat kuarantin seluruh negeri.-SabahNewsToday

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda