Jenayah

Seorang Lelaki diberkas ketika keluar cari bekalan pil kuda

image
HULU TERENGGANU: Seorang pemuda diberkas ketika keluar mencari bekalan pil kuda dalam kejadian jam 6 petang semalam di Kampung Tok Gebok, Hulu Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata ketika rondaan, pihaknya mengesan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z yang dalam keadaan mencurigakan.

Jelasnya, ketika diminta berhenti, suspek bertindak melarikan diri dengan memecut laju ke arah Kampung Tok Gebok.

Menurut Mohd Adli, ketika ditahan lelaki berusia 22 tahun itu memberikan alasan untuk mengisi minyak. Bagaimanapun stesen minyak telah menamatkan operasi ketika itu.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Peraturan 11 ( 1 ) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda