Jenayah

Kerugian akibat penipuan penjualan topeng muka cecah RM4.2 juta Setakat Ini - Ismail Sabri

image

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil serius kes penipuan topeng muka yang dilakukan melalui sosial media dan secara bersemuka.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerugian akibat kes penipuan itu dianggarkan mencecah RM4.2 juta.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas dan meminta orang ramai supaya lebih berwaspada.

“Pembeli juga boleh membuat semakan akaun bank penjual dahulu sebelum membuat pembayaran menerusi portal ‘Semakmule’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau status penjual dalam talian di laman web www.biztrust.ssm.com.my,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka 229 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19 berbanding 220 kertas siasatan hari sebelumnya.

“Daripada jumlah tersebut, beliau berkata, 161 masih dalam siasatan, manakala 24 kes telah didakwa di mahkamah dan 13 telah mengaku salah, manakala 11 diberikan Notis Amaran manakala 33 kes tiada tindakan lanjut (NFA).
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda