Hiburan

Positif Covid-19, ‘kembar’ Angelina Jolie terpaksa guna Alat ventilator

image

Seorang wanita warga Iran yang menjalani puluhan pembedahan plastik kerana mahu memiliki wajah persis bak Angelina Jolie dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti Covid-19.

Fatemah Khishvand atau lebih dikenali sebagai Sahar Tabar, 22, dilaporkan mendapat jangkitan wabak tersebut sewaktu berada di dalam penjara kerana menjalani hukuman di atas kesalahan jenayah dan kerosakan moral.

Wanita itu dilaporkan sedang menggunakan ventilator untuk membantunya bernafas.

Menurut agensi berita Iran, Tabar ditahan Ogos lalu kerana memperolehi pendapatan dengan cara yang tidak sesuai, menghasut ke arah keganasan dan mendorong para belia melakukan rasuah.

Peguam hak asasi manusia, Payam Derafshan memberitahu Pusat Hak Asasi Manusia di Iran yang mereka tidak boleh menerima wanita itu dijangkiti Covid-19 ketika perintah penahanannya dilanjutkan di penjara.

Tabar dikenali ramai apabila dia memuat naik foto wajahnya yang sudah berubah melalui pembedahan plastik di Instagram.

Foto dan video yang dikongsi dengan pengikutnya itu banyak disunting oleh orang ramai untuk menampakkan lagi wajahnya menyerupai Angelina Jolie.

Iran kini merekodkan hampir 5,000 kematian disebabkan Covid-19.

Namun, angka sebenar dikatakan lebih tinggi daripada jumlah itu
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda