Berita Semasa

SESB bekal bekalan elektrik percuma di Pos Kawalan semasa PKP

image

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terus berusaha memberikan bantuan kepada barisan hadapan bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 ini dipatuhi oleh orang ramai.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Norhizami Abu Hasan berkata selain memastikan bekalan yang berdayaharap kepada pengguna, SESB kini tampil membantu menyediakan bekalan elektrik di pos kawalan sekatan jalan raya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Malaysia (ATM).

Menurut beliau sebanyak 33 pos kawalan sekatan jalan raya di seluruh Negeri Sabah
dibekalkan dengan bekalan elektrik inisiatif tanggungjawab sosial korporat SESB melibatkan kos pemasangan keseluruhan kawasan dengan anggaran sebanyak RM100 ribu.

Jelasnya lagi, inisiatif itu sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit keselesaan dan meningkatkan tahap keselamatan anggota PDRM dan ATM yang bertugas terutama pada waktu malam sehingga pagi.

Pos Kawalan PKP dibekalkan elektrik secara percuma oleh SESB. Gambar SNT/Ihsan SESB

“Setakat ini, kita telah membuat pemasangan bekalan elektrik secara percuma di pos-pos kawalan sekatan jalan raya di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu, manakala beberapa kawasan termasuk di Kota Kinabalu, Kunak, Semporna, Papar, Kuala Penyu dan Sipitang dalam proses
pemasangan dan SESB akan terus mengenalpasti lokasi-lokasi lain yang memerlukan kemudahan ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau turut berkata bahawa usaha SESB ini adalah sebagai tanda sokongan kepada kerajaan dalam memastikan pelaksanaan PKP dapat dipatuhi dnegan jayanya dan seterusnya dapat membendung penularan wabak Covid-19 ini.-SabahNewsToday

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda