Luar Negara

Indonesia Mencatatkan Kematian tertinggi Setakat ini

image

INDONESIA merekodkan kes koronavirus baharu (Covid-19) tertinggi di Asia Tenggara.

CNN Indonesia melaporkan, setakat Jumaat, terdapat 5,923 kes positif wabak itu dengan 520 kematian.

Pada masa sama, 607 pesakit di negara itu sudah sembuh.

Selepas Indonesia, Filipina menjadi negara kedua di rantau ini dengan kes tertinggi Covid-19 iaitu 5,878 kes dan 387 kematian.

Indonesia pertama kali melaporkan kes Covid-19 apabila tiga individu dikesan positif pada 2 Mac lalu manakala kes pertama di Filipina pada 30 Januari lalu.

Secara perbandingan, nisbah kematian pesakit wabak itu di Indonesia adalah 8.78 peratus, berbanding 6.58 peratus di Filipina.

Angka itu juga adalah tertinggi di rantau ini.

Berdasarkan data Worldometer, negara lain di rantau ini yang mencatat jumlah kes tinggi adalah Malaysia, Singapura dan Thailand.

Singapura mencatat 5,992 kes dengan 11 kematian manakala Thailand 2,733 kes dengan 47 kematian.

Dalam pada itu, Indonesia mengambil beberapa langkah mengekang penularan wabak itu termasuk melaksanakan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB).

Antara lain, ia menetapkan pemandu kenderaan boleh membawa 50 peratus saja penumpang dari kapasiti sedia ada serta mewajibkan pemakaian penutup hidung dan mulut.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan dan Kebudayaan Manusia, Muhadjir Effendy mengumumkan cuti umum Aidilfitri dari 28 hingga 31 Disember berbanding cuti asal 26 hingga 29 Mei ini.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda