Luar Negara

Covid-19 Gambar rekaan makmal di Wuhan?

image

WUHAN: Sebuah makmal biosekuriti tinggi di China kini menjadi perhatian Amerika Syarikat (AS), selepas terdapat dakwaan Covid-19 berasal di bangunan itu.

RTE melaporkan saintis China mengatakan virus itu berpunca daripada haiwan di sebuah pasar di Wuhan.

Bagaimanapun, terdapat teori konspirasi bahawa virus itu berasal dari makmal berkenaan.

Setiausaha Negaranya AS, Mike Pompeo berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan penuh berhubung punca wabak berkenaan.

Beliau juga dilaporkan berkata, kerajaan China juga pada pada peringkat awal turut menyiasat sama ada virus itu berasal dari makmal terbabit.

Makmal dikenali sebagai Institut Virologi Wuhan (IVW) menyimpan lebih 1,500 jenis virus.

Makmal bernilai 300 juta yuan (kira-kira RM185 juta) dibangunkan pada 2015 dan beroperasi pada 2018.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda