Berita Semasa

Pelajar, guru dan kakitangan PPD Tawau diarah menjalani ujian saringan COVID-19

image

TAWAU: Semua pelajar, guru-guru dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau yang terlibat dalam Majlis Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) peringkat daerah Tawau pada 10 dan 11 Mac lalu diarah menjalani ujian saringan COVID-19.

Kesemua mereka dikehendaki menghubungi pihak Hospital Tawau dan Klinik Kesihatan Tawau di Jalan Chong Thien Vun untuk menjalanai ujian saringan tersebut.

Ini berikutan seorang guru yang terlibat dalam majlis berkenaan didapati positif COVID-19 pada 6 April lalu setelah menjalani ujian saringan untuk virus tersebut buat kali ketiga.

Pegawai Jabatan Kesihatan Tawau, Dr G Navindran berkata, satu notis telah di keluarkan pihaknya pada Jumaat kepada PPD Tawau untuk mengarahkan setiap individu yang terlibat agar segera tampil menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan dan Hospital Tawau dengan kadar segera.
"Seramai 76 individu terlibat dalam majlis tersebut yang mana melibatkan kakitangan PPD Tawau, guru-guru, enam buah Sekolah Rendah dan 17 buah Sekolah Menengah sekitar daerah Tawau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, sehingga Sabtu, daerah Tawau telah mencatatkan sebanyak 81 kes positif COVID-19, dengan satu kes kematian dan 35 kes telah pulih dan dibenarkan discaj.

Manakala 45 kes lagi masih menerima rawatan di wad isolasi Hospital Tawau.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda