Bisnes

'Pengeluar, pengedar, pemborong, peruncit. jangan naikkan harga barang sesuka hati Perniaga'

image

PUTRAJAYA : Bekalan makanan seluruh negara adalah mencukupi dan mampu menampung permintaan pengguna setakat ini, ujar Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa menjalankan penguatkuasaan untuk memantau 25 jenis bekalan serta bertindak menangani isu-isu pembekalan melalui Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Semalam (17 April), penguatkuasa KPDNHEP telah membuat pemantaun harian di 1,021 pemeriksaan premis peniagaan termasuk peruncit (785), pemborong (205) dan pengilang (31).

"Secara keseluruhannya daripada laporan, bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung permintaan," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Justeru, Ismail Sabri mengingatkan pengeluar, pengedar, pemborong dan peruncit agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati.

"Kerajaan berharap pihak pengeluar, pengedar, pemborong dan peruncit diharap supaya bukan sahaja memberi kerjasama kepada kerajaan dalam memastikan pembekalan barangan keperluan asas pengguna mencukupi, namun juga diingatkan agar tidak menaikkan harga barang sesuka hati," ujarnya.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda