Berita Semasa

COVID-19 : KES HARIAN PESAKIT DI MALAYSIA MENURUN LAGI

image

KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 harian di Malaysia sekali lagi mencatatkan jumlah kes kurang daripada 100 apabila sebanyak 54 kes baharu direkodkan, hari ini.

Jumlah itu juga lebih rendah berbanding 69 kes baharu, semalam, dan ianya adalah yang paling rendah sejak Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Setakat ini, negara telah mencatat sebanyak 5,304 kes Covid-19 dengan jumlah kes masih dirawat ialah sebanyak 2,115.

Statistik terbaharu itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di Putrajaya, sebentar tadi.

Sementara itu, Noor Hisham turut memaklumkan seramai 135 lagi pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit jangkitan wabak itu yang telah pulih dan discaj seramai 3,102.

Dalam perkembangan sama, dua lagi kematian direkodkan, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 seramai 88 orang./BERITA SABAH

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda