Berita Semasa

PKP: Jumlah kenderaan di jalan raya Didapati terus meningkat

image

PUTRAJAYA: Jumlah kenderaan yang berada di jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus menunjukkan peningkatan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob berkata, setakat Jumaat,Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 816 Sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 585,250 kenderaan.

"Bermakna banyak lagi kenderaan di atas jalan raya, lebih banyak berbanding hari-hari sebelumnya.

"Sebanyak 54,781 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 4,788 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata 1,565 individu ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat berbanding 1,057 hari sebelumnnya susulan melanggar arahan PKP.

Justeru, beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang terus degil melanggar arahan tersebut.

"Daripada 1,565 individu yang ditangkap 1,381 individu yang direman dan 184 individu dijamin polis.

"Sebanyak 544 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP.

"Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 17 April 2020 (semalam) adalah sebanyak 13639 individu," katanya.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda