Luar Negara

EU nafi laporan kaitkan Dengan 5G dengan penularan COVID-19

image

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) menafikan berita yang mendakwa pelaksanaan infrastruktur 5G sebagai antara punca kepada penularan COVID-19

Menurut jurucakap Kesatuan Eropah, pelaksanaan 5G dilakukan berdasarkan garis panduan yang ketat dan data sains.

Untuk berbulan lamanya, peminat teori konspirasi telah berkongsi maklumat mendakwa jaringan data 5G ada kaitan dengan penularan COVID-19 di media sosial.

Menurut Kesatuan Eropah, berita dan maklumat palsu ini telah dipadam di platform media sosial kerana ia mewujudkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

“Laporan berkenaan adalah maklumat palsu yang dibuat untuk mengeksploitasi kerisauan berkenaan penularan COVID-19 dan untuk mewujudkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai dengan mengaitkan spektrum radio dan penularan COVID-19.

“Saya ingin jelaskan di sini, tiada kaitan geografi atau kaitan lain antara 5G dan penularan COVID-19. Keutamaan EU adalah untuk melindungi kesihatan orang ramai.
“Melihat kepada pelaksanaan 5G, saya ingin tambah yang had pendedahan di EU berkenaan 5G kepada orang ramai adalah 50 kali ganda lebih rendah daripada yang dicadangkan dalam laporan itu.

"Jadi had pendedahan untuk 5G dan 4G adalah memang 50 kali ganda lebih rendah daripada yang dikatakan akan memberi kesan kepada kesihatan. Ini adalah penting untuk semua pihak tahu,” jelasnya.

Dakwaan itu juga dilapor mendapat perhatian apabila wujud kebetulan berkenaan masa penularan COVID-19 dan pelaksanaan 5G di China. Kebetulan yang sama didakwa turut wujud di UK.

Pengguna media sosial dinasihatkan agar mendapatkan maklumat berkenan COVID-19 dari sumber sahih termasuk organisasi kesihatan antarabangsa dan pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda