Jenayah

Menyamar jadi Seorang Anggota polis untuk elak ditahan ketika edar dadah

image

BALIK PULAU: Tindakan seorang lelaki mengedar dadah dengan menyamar sebagai anggota polis terbongkar apabila ditahan pihak polis sewaktu sekatan jalan raya di Anjung Indah, Balik Pulau pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supritendan A.A Anbalagan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di sekatan tersebut pada jam 5.50 petang selepas berada dalam keadaan mencurigakan.

"Semasa ditahan, pihak polis mendapati lelaki itu menggantungkan pakaian seragam Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) di bahagian penumpang belakang kereta.

"Curiga dengan tindakan lelaki itu, polis kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui sejumlah dadah jenis syabu dan pil erimin 5 bersamanya," jelas Anbalagan. 

Lelaki itu bagaimanapun memaklumkan bahawa pakaian seragam, topi serta ves SPDRM itu milik saudaranya dan digunakannya bagi mengaburi mata pihak berkuasa sewaktu melakukan kegiatan jenayahnya.

Semasa ditahan, pihak polis mendapati lelaki itu menggantungkan pakaian seragam Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia (SPDRM) di bahagian penumpang belakang kereta.

Susulan itu, pihak polis sedang melakukan pemeriksaan lanjut bagi mengetahui sama ada saudara lelaki itu masih berkhidmat sebagai anggota SPDRM atau sudah ditamatkan perkhidmatan.

Suspek yang mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut termasuk kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dikatakan, suspek lelaki itu juga merupakan salah seorang kakitangan di sebuah syarikat logistik di Bayan Lepas
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda