Jenayah

LHDN menafikan keluar surat minta bayaran cukai keuntungan pelaburan saham

image

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah mengeluarkan surat memohon bayaran baki cukai tertunggak atas keuntungan pelaburan saham di sebuah syarikat pelaburan.

LHDN dalam kenyataan pada Jumaat, menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengesahkan dahulu dengan pihak LHDN sekiranya menerima sebarang e-mel atau surat yang meragukan berkaitan lembaga itu.

Berdasarkan imej surat palsu yang disertakan dalam kenyataan itu, pihak tidak bertanggungjawab tersebut menggunakan kepala surat LHDN dan meminta sebuah syarikat membayar cukai atas keuntungan pelaburan sebanyak RM3,500 dan mengkreditkan wang tersebut ke dalam sebuah akaun.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh disalurkan kepada LHDN melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000; HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan media sosial rasmi LHDN.
-- BERNAMA
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda