Berita Semasa

PKP: Individu anggap diri hero, menipu polis dikenal pasti - Ismail Sabri

image

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti keluarga yang melakukan perjalanan jauh bagi tujuan meragukan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memuat naik perbuatan itu di laman sosial sehingga menjadi viral.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiada apa yang perlu dibanggakan sekiranya dapat menipu pihak berkuasa dan melepaskan diri daripada sekatan jalan raya.

“Semalam (Khamis) kita lihat tular di media sosial, seorang ahli keluarga menunjukkan mereka sudah balik ke Kuala Lumpur dan beri tips kepada orang ramai macam mana nak tipu polis.

“Saya ingin beritahu, saya hendak beri ingatan... jangan berbangga apabila lakukan kesalahan dan pengaruhi orang lain untuk ikut mereka. Polis telah kenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil,” katanya.
Ismail Sabri berkata, tindakan individu berkenaan yang memuat naik catatan di laman media sosial memudahkan tugas polis kerana boleh dianggap sebagai pengakuan awal dan sudah pasti tindakan itu akan menyusahkan diri dan keluarga.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda