Berita Semasa

COVID-19 : TIGA KES BARU, KK KINI DIKATEGORI ZON MERAH

image

KOTA KINABALU: Kota Kinabalu kini dikategorikan sebagai zon merah selepas bertambah dua lagi kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes di daerah ini sebanyak 42.

Satu lagi kes baru di Sabah hari ini ialah di Keningau, menjadikan jumlah keseluruhan kes di daerah berkenaan kini sebanyak 12 kes.

Statistik terbaharu itu disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung menerusi laman Facebook beliau, sebentar tadi.

Dalam perkembangan sama, Sabah hari ini merekodkan 10 lagi pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kini sebanyak 135.

Tiada kes kematian dicatatkan hari ini dengan jumlah korban akibat Covid-19 di Sabah kekal empat kes iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan kes Covid-19 selepas Selangor yang merekodkan jumlah 1,329 kes, Kuala Lumpur (952), Johor (614), Negeri Sembilan (389) dan Sarawak (387)./BERITA SABAH

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda