Berita Semasa

PKR INANAM TASK FORCE TAMPIL UNTUK MOHON MAAF

image

KOTA KINABALU: Pemberi bantuan sayur dipercayai daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam tampil memohon maaf berikutan kesesakan orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan berkenaan di pekan Inanam, pagi tadi.

Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook PKR Inanam Task Force, hari ini, mereka akui orang ramai yang hadir gagal menuruti penjarakkan sosial yang disarankan pada awal sebelum pengagihan bermula.

“Walaupun arahan untuk penjarakkan satu meter sudah diberi sebelum dan sewaktu agihan, orang ramai yang hadir gagal menuruti arahan perintah semasa PKP walaupun diminta oleh pihak RELA dan Polis sebelum itu. Hanya selepas itu baru mereka menjarakkan diri,” katanya kenyataan itu.

Mereka juga turut berterima kasih kepada pihak polis dan RELA yang berjaya mengawal keadaan.

Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan lokasi pemberian di tempat lain seperti kolombong, Manggatal serta Telipok adalah terkawal dan ada yang ditahan oleh polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mohon semua ikuti SOP (prosedur operasi standard) semasa PKP. Sekali lagi harap maaf. Kami hanya mahu membantu yang memerlukan,” katanya kenyataan itu lagi./BERITA SABAH

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda