Berita Semasa

TIADA PEPERIKSAAN UPSR, PT3 TAHUN INI

image

KOTA KINABALU: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk tahun ini dibatalkan.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Jidin, berkata, pembatalan itu dibuat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlanjutan sehingga menyebabkan sesi persekolahan diberhentikan.

Bagaimanapun, katanya, satu mekanisme baru akan diperkenalkan bagi menilai murid tahun enam dan tingkatan tiga tahun ini.

Sementara itu, bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) and Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula, Radzi berkata peperiksaan itu akan ditangguhkan ke suku pertama 2021.

“Bagi calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Radzi berkata peperiksaan semester dua ditangguh ke Ogos 2020, manakala peperiksaan semester tiga ditangguh ke suku pertama 2021,” katanya dalam sidang media khas di ibu negara, sebentar tadi./BERITA SABAH

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda