Bisnes

COVID-19: Dunia perlu bekerjasama, pastikan globalisasi tidak mati - IMF

image

WASHINGTON: SEMUA negara harus bersedia bekerjasama untuk memastikan globalisasi tidak mati ketika ekonomi dunia cuba pulih daripada penularan COVID-19.

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), respons polisi domestik dan antarabangsa harus besar dan dilaksanakan dengan pantas, berlandaskan data baharu.

IMF menyatakan respons global haruslah sepadan dengan keberanian yang ditunjukkan pekerja kesihatan yang bertungkus-lumus merawat pesakit COVID-19.

IMF terdahulu memberikan unjuran yang suram untuk pertumbuhan ekonomi global pada 2020.

Ia menjangkakan ekonomi global akan menguncup 3 peratus pada tahun ini dengan syarat penularan COVID-19 terkawal dan menurun memasuki separuh kedua tahun ini.

Ini adalah lebih buruk daripada penguncupan 0.1 peratus pada 2009.
IMF menjangkakan ekonomi global akan menguncup 3 peratus tahun ini.
IMF menjangkakan ekonomi global akan menguncup 3 peratus tahun ini.


Namun IMF membayangkan ekonomi global akan tumbuh 5.8 peratus pada 2021.

Ini dengan syarat, polisi yang diambil di serata dunia efektif dalam mencegah syarikat daripada muflis, kadar pengangguran yang tinggi dan tekanan kepada sistem kewangan.

Untuk negara ASEAN-5, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand, penguncupan 0.6 peratus dijangka untuk 2020 sebelum pertumbuhan 7.8 peratus pada 2021.

Namun, jika COVID-19 terus menular pada separuh kedua 2020, unjuran pertumbuhan dijangka lebih buruk.

Pada Januari 2019, imf mengunjurkan ekonomi global akan tumbuh pada kadar 3.3 peratus pada 2020.

Namun IMF menegaskan ketika ini tiada teka-teki mana yang lebih penting: Ekonomi atau kesihatan.

Imf menjangka kerugian terkumpul untuk ekonomi global pada 2020 dan 2021 akibat krisis COVID-19 adalah sekitar 9 trilion dolar.

Ini adalah lebih besar daripada ekonomi ketiga dan keempat dunia yakni Jepun dan Jerman digabungkan.

Tambahnya, untuk kali pertamanya sejak the great depresion, semua ekonomi dunia dijangka akan meleset.

IMF dalam masa yang sama menyatakan ia kini sedang aktif menyalurkan dana 1 trilion dolar untuk membantu negara dengan risiko tinggi.

Namun, ia mengakhiri pembentangan tersebut dengan harapan.

Ada petanda krisis ini akan berakhir dengan beberapa negara menunjukkan kejayaan dalam penjarakan sosial, ujian dan mengenal pasti kontak.

Tambahnya, vaksin dan rawatan yang efektif mungkin dapat dihasilkan dalam masa terdekat.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda