Kesihatan

PENDERMA DARAH BANTU HOSPITAL TENOM

image

TENOM: Berikutan bekalan darah di Hospital Tenom kini amat kritikal sekali, Unit Tabung Darah Tenom dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Tenom, Persatuan Telesemia Cawangan Tenom dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital telah mengadakan kempen derma darah.

Hasil kempen yang diadakan selama tiga hari, baru-baru ini, itu telah berjaya mengumpul sebanyak 66 pin darah.



Penyelaras program berkenaan, Simon Mamat ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang ikhlas membantu walaupun dalam keadaan negara ini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pihak kami sangat berpuas hati dengan kempen ini kerana berjaya mengumpul 66 pin darah.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Lucas Umbul serta Datuk Raymie Unggi kerana sumbangan ikhlas sehingga membolehkan program ini berjalan dengan baik.


“Selain itu, saya bagi pihak penganjur turut berterima kasih kepada Pengarah Hospital Tenom, Dr Paul Peter Molius, kakitangan Unit Patologi, Unit Tabung Darah Tenom dan Persatuan Penderma Darah Sabah atas sokongan publisiti program ini,” katanya.


Beliau turut berharap program serupa akan dapat terus diadakan dari semasa ke semasa pada masa akan datang./BERITA SABAh.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda