Bisnes

1.17 juta permohonan i-Lestari Telahpun sudah diluluskan

image

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1.17 juta permohonan i-Lestari KWSP diluluskan melibatkan pengeluaran sebanyak RM572 juta bermula Mei ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Tengku Zafrul berkata angka itu dijangka akan terus meningkat pada bulan-bulan akan datang selepas kesemua permohonan disemak.

“Sebanyak 1.28 juta permohonan i-Lestari KWSP diterima dan 1.17 juta telah diluluskan,” katanya dalam satu ucapan khas.

Di bawah program i-Lestari, rakyat Malaysia boleh mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 2 KWSP mereka bagi meringankan beban yang dihadapi.

Sementara itu Tengku Zafrul berkata kerajaan menerima sejumlah 31,000 permohonan di bawah inisiatif Subsidi Upah, melibatkan sejumlah 299,000 pekerja.

“Daripada jumlah tersebut 98 peratus merupakan syarikat kecil dengan jumlah pekerja 75 dan ke bawah,” katanya.
Di bawah inisiatif berkanaan kerajaan memperuntukkan RM13.8 bilion bagi menyokong PKS yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Manakala bagi Program Pengekalan Pekerja, sejumlah 6,900 majikan sudah menghantar permohonan melibatkan 47,000 pekerja.

“Kerajaan memperuntukkan RM120 juta untuk membiayai RM600 sebulan bagi pekerja yang cuti tanpa gaji,” katanya sambal menambah implikasi Peruntukan adalah bernilai RM28.6 juta.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda