Jenayah

LAPAN DITAHAN INGKAR PKP

image

SANDAKAN: Lapan individu ditahan dalam dua kes berasingan di sini, petang semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tangkapan pertama membabitkan empat lelaki yang sedang menjala ikan di belakang flat Taman Permata, Batu 8, di sini.

Semua individu yang berusia 21 hingga 56 tahun ditahan Pasukan Pemantau Op Covid-19.

Empat lagi individu termasuk dua wanita ditahan di Taman Merpati, Batu 7, kerana berkumpul tanpa sebarang alasan munasabah.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata
Katanya, mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk proses pengeluaran kompaun.

Katanya, semua kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020./BERITA SABAH

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda