Luar Negara

COVID-19: Kes positif seluruh dunia sudah cecah 1.9 juta

image

JUMLAH kes positif COVID-19 kini mencecah 1.9 juta di seluruh dunia setakat 6 pagi hari ini.

Ia mencatatkan pertambahan melebihi 70,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Lima negara mempunyai kes positif COVID-19 melebihi angka 100,000.

Amerika Syarikat (AS) menjadi negara paling teruk terjejas wabak apabila merekodkan 572,587 kes dengan pertambahan lebih 20,000 kes sejak 24 jam lalu.

Ini diikuti Sepanyol dan Itali apabila masing-masing mencatatkan 169,628 dan 159,516 kes secara keseluruhan.

Sepanyol dan Itali kini mencatatkan peningkatan jumlah kes positif yang lebih rendah sejak beberapa hari lalu.
Manakala Perancis dan Jerman masing-masing mencatatkan angka jangkitan kes positif sebanyak 137,875 dan 128,208 kes.

Sementara itu, United Kingdom melepasi China untuk berada di kedudukan keenam dengan hampir 90,000 kes positif.

Manakala China hanya mencatatkan pertambahan 120 kes untuk berada di kedudukan ketujuh dengan 83,213 kes.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda