Luar Negara

Langgar perintah berkurung, pelancong ini didenda tulis 'I Am Sorry' 500 kali

image

RISHIKESH: Sepuluh warga asing yang melanggar perintah berkurung di Rishikesh, India diberi hukuman yang agak luar biasa, iaitu menulis ayat 'saya minta maaf' sebanyak 500 kali.

Selepas perintah berkurung dikeluarkan pada akhir bulan Mac, penduduk hanya dibenarkan meninggalkan rumah atau premis tempat tinggal untuk membeli barangan runcit atau mendapatkan rawatan.

Pelancong yang didenda datang dari Israel, Mexico, Australia dan Austria. Mereka ditangkap ketika sedang bersiar-siar di bandar yang terletak di utara India itu.

Jurucakap polis, Vinod Sharma berkata kesemua mereka diminta menulis ayat lengkap "saya tidak patuhi perintah berkurung, jadi saya minta maaf" sebanyak 500 kali, lapor AFP.
Tambah Sharma, lebih 700 pelancong asing dari Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan Israel yang tinggal di bandar tersebut telah melanggar perintah berkurung dan hukuman sedemikian dilakukan sebagai peringatan.

Polis berkata mereka akan mengarahkan pengurusan hotel untuk membenarkan pelancong asing keluar dari hotel hanya jika ditemani petugas dalam kalangan rakyat tempatan.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda