Luar Negara

COVID-19: Kematian terus meningkat di Itali melepasi 20,000

image

ROM: Jumlah kematian akibat COVID-19 di Itali meningkat 566 kes kepada 20,446 berbanding sehari sebelumnya.

Agensi Perlindungan Sivil Itali dalam kenyataannya pada Isnin berkata jumlah kes aktif di negara itu pada Isnin ialah 103,616.

Sejumlah 1,363 lagi pesakit dijangkiti sejak Ahad, antara peningkatan terendah dalam minggu lepas.

Jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) terus menurun kepada sekurang-kurangnya 3,260.

Setakat ini, jumlah kes positif jangkitan koronavirus di Itali ialah 159,516.

Amerika Syarikat (AS) mengatasi Itali buat kali pertama pada Sabtu dengan jumlah tertinggi kes kematian di dunia sebanyak 22,861, menurut Universiti Johns Hopkins.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda