Luar Negara

Kes jangkitan Telah meningkat lebih pantas berbanding kes sembuh - WHO

image

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beri amaran agar dunia tidak melakukan kesilapan dengan melonggarkan kawalan pergerakan walaupun banyak negara telah menyaksikan peningkatan kes sembuh koronavirus.

Menurut Ketua Pengarah Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata ini kerana penurunan kes yang sembuh didapati lebih perlahan berbanding peningkatan jangkitan.  

“COVID-19 meningkat dengan amat pantas, (namun) ia menurun dengan perlahan.

"Dalam erti kata lain, angka turun adalah lebih rendah daripada angka naik,” kata Tedros, di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian susulan cadangan beberapa negara untuk melonggar atau menamatkan langkah kawalan pergerakan.

Tambahnya, negara terbabit pelu melakukannya dengan cermat.
“Ini bermakna kawalan perlu dilonggarkan dengan perlahan dan berhati-hati. Ia tidak boleh berlaku sekali gus.

"Kawalan boleh ditamatkan jika langkah melibatkan kesihatan awam diteruskan," kata Tedros.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda