Berita Semasa

KAKI TERMASUK LUBANG TANDAS

image

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam setengah apabila kaki kirinya tersangkut ke dalam lubang tandas rumah keluarganya di Pangsapuri Tanjung Aru, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian itu berlaku apabila mangsa dikatakan hendak membuang air kecil sebelum kaki kirinya tergelincir lalu termasuk ke dalam lubang tandas hingga ke lantai bawah.

Kejadian itu disedari oleh keluarganya sebelum menghubungi pihak bomba untuk bantuan, jam 12.52 tengah hari.

Penolong Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Zon Kota Kinabalu, Zico Mojib berkata, operasi menyelamat jam 12.59 tengah hari dijalankan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama EMRS BBP Lintas seramai 13 anggota.

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran kerana kaki mangsa termasuk ke dalam lubang tandas dan tersangkut.

“Mangsa juga tidak dapat menahan kesakitan ketika operasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kaki mangsa.

“Pasukan bomba mengambil masa lama untuk mengelak kecederaan lebih serius. Mangsa dirawat oleh anggota Unit EMRS dan hanya cedera ringan.

“Operasi ditamatkan jam 3.38 petang,” katanya./BERITA SABAH

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda