Jenayah

KELUAR BERJOGING, DUA WANITA DIKOMPAUN RM1,000

image

SANDAKAN: Dua wanita di sini dikenakan kompaun RM1,000 kerana berjoging ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kedua-dua wanita itu ditahan kira-kira jam 6 pagi, semalam selepas ditemui oleh pasukan pemantau sedang berjoging di taman permainan Taman Tyng, Batu 5, di sini.

Akibatnya, kedua-dua wanita itu dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk proses pengeluaran kompaun di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi mengesahkan kes itu.

Katanya, mereka perlu menjelaskan kompaun dalam tempoh 14 hari dan sekiranya gagal, akan berdepan tindakan untuk dituduh ke mahkamah.

Dalam kes berasingan, Mohd Azhar menafikan mesej yang tular mendakwa lebih 800 pemandu di sini disaman RM1,000 kerana ingkar PKP dan orang ramai menyerbu Balai Polis Bandar Sandakan untuk membayar saman PKP, hari ini.

Ia susulan sekeping gambar yang tular menunjukkan orang ramai berkumpul di depan balai polis itu.

“Kehadiran orang ramai ke balai adalah untuk membuat laporan selain beberapa urusan dan kita terpaksa meminta mereka berbaris di luar mengikut penjarakkan sosial untuk mengelak penduduk berkumpul.

“Kebetulan Balai Polis Bandar tadi dalam proses membuat semburan nyah kuman,” katanya./BERITA SABAH

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda