Berita Semasa

COVID-19: Malaysia mencatat satu lagi kematian, 134 kes positif baharu

image
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat satu lagi kes kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 77 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Isnin, terdapat 134 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 4,817 kes.
Kata Dr Noor Hisham, terdapat 168 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 2,276 kes yang bersamaan dengan 47.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID- 19 adalah 2,464 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.
“Sehingga kini, seramai 66 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 36 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian pada Isnin.

Beliau juga berkata, pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 77 kes (1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Perincian satu kes kematian setakat 13 April 2020 adalah seperti berikut :

Kes kematian ke-77 (kes ke-2797) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 13 April jam 9.15 pagi.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda