Luar Negara

Siasatan nahas pesawat ditangguh susulan kebimbangan terhadap COVID-19

image

ANCHORAGE: Siasatan nahas kapal terbang di Alaska yang menyebabkan empat orang cedera ditangguhkan ekoran kebimbangan terhadap COVID-19.

Jelas jurucakap rasmi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Alaska, sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka yang berada di dalam pesawat itu dibawa ke hospital berikutan nahas di kawasan Fire Lake di utara Sungai Eagle sekitar jam 8.30 malam Sabtu.

Menurut Jabatan Polis Anchorage, masih belum ada sebarang maklumat lanjut berkenaan nahas berkenaan.

"Pasangan suami dan isteri yang berada di bahagian depan pesawat mengalami kecederaan yang lebih serius," kata polis Anchorage.

NTSB juga tidak dapat segera menghantar penyiasat ke lokasi nahas kerana kebimbangan mengenai COVID-19.

Keputusan sama ada untuk menghantar pasukan penyiasat akan dibuat oleh penyelia di Washington, kata Ketua Wilayah NTSB Alaska Clint Johnson.
Bagaimanapun, agensi itu tetap membuat penyiasatan dan pemantauan bersama polis dan jabatan bomba Anchorage.

Matanuska Electric Association melaporkan kemalangan itu di media sosial dan menyatakan nahas itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada 85 orang pelanggan mereka.

Syarikat itu bagaimanapun menjelaskan bekalan elektrik dipulihkan pada awal pagi Ahad.

Bagi kebanyakan orang, COVID-19 menyebabkan gejala ringan atau sederhana, seperti demam dan batuk yang hanya sembuh dalam dua sehingga tiga minggu.

Bagi sesetengah orang, terutama orang dewasa yang lebih tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan, ia boleh menyebabkan penyakit yang lebih teruk, termasuk radang paru-paru dan kematian.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda