Berita Semasa

9 daerah di Sabah Masih sifar Covid-19

image
SEMBILAN daerah di Sabah kekal zon hijau atau sifar kes Covid-19.

Antara daerah berkenaan termasuklah Telupid, Kuala Penyu, Tenom, Nabawan, Kudat, Pitas dan Kota Marudu.

Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata, petugas kesihatan di Telupid sudah mengambil pendekatan positif dengan menasihatkan masyarakat supaya berusaha dan memberi kerjasama yang padu dalam memastikan daerah itu kekal sebagai zon hijau.

“Patuhi arahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta kekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter.

“Cuci tangan dengan sabun serta gunakan cecair basmi kuman selain elakkan bersalaman walaupun berkumpul dalam bilangan ramai dan sentiasa memakai penutup mulut dan hidung,” katanya menerusi kenyataan media di Kota Kinabalu, semalam.

Sementara itu, Christina menyatakan seramai 5,632 individu di Sabah sudah diberikan intervensi atau kaunseling oleh pasukan Mental Health Psychososial Support (MHPSS).

Beliau berkata, menerusi jumlah itu, seramai 4,201 didaftarkan daripada jaringan media sosial WhatsApp.

“Langkah ini bagi memudahkan perkongsian infografik dari masa ke semasa,” katanya.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda