Luar Negara

India pertimbangkan lanjut tempoh 'lockdown' lagi dua minggu

image

PERDANA Menteri India, Narendra Modi bersedia untuk melanjutkan tempoh perintah berkurung atau ‘lockdown’ selama dua minggu selepas mengadakan perbincangan bersama jemaah menterinya susulan pandemik COVID-19 yang membimbangkan.

Perintah berkurung yang sepatutnya berakhir pada 15 April itu kini dipertimbangkan semula oleh kerajaan berikutan angka korban yang semakin meningkat di India.

Susulan itu, menteri di India menggesa Modi agar melanjutkan lagi ‘lockdown’ terhadap 1.3 bilion rakyatnya itu.

Setakat ini Odisha dan Punjab telah melanjutkan tempoh sekatan selama dua minggu namun pakar mencadangkan ia perlu diselaraskan ke seluruh negara bagi mengawal pergerakan keluar masuk.
Setakat ini, India sudahpun mencatatkan lebih 7,500 kes dengan 240 kematian dan kesemuanya merupakan kes import.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda