Jenayah

HKL nafi pesakit COVID-19 Telah melarikan diri

image

KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu menafikan penyebaran berita mengenai seorang pesakit COVID-19 telah melarikan diri dari hospital berkenaan pada tengah hari semalam.

Unit Komunikasi Korporat hospital itu menerusi satu kenyataan menjelaskan, individu yang dikatakan lari seperti yang tular di Twitter sejak petang Sabtu itu adalah pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI).

"Menurut butiran, pesakit berusia 47 tahun itu telah melarikan dari HKL dengan berpakaian hospital jalur biru/putih," jelas kenyataan itu.

Terdahulu, tular di Twitter yang mengatakan pesakit COVID-19 lari dari HKL pada pukul 1.10 tengah hari Sabtu.
-- BERNAMA
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda