Luar Negara

COVID-19: Iran mendakwa temui kit ujian paling tepat

image

IRAN memulakan pengeluaran besar-besaran kit pemeriksaan yang didakwa dapat mengesan sama ada seseorang itu pernah terdedah kepada koronavirus atau menghidap COVID-19 dan pulih.

Menurut Naib Presiden Sains dan Teknologi Iran, Sourena Sattari, ia dibangunkan hasil daripada ujian saringan berasaskan serologi walaupun diuji kepada pesakit tanpa gejala.

Jelas Sattari, enam buah syarikat Iran sudahpun mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan mereka kini boleh menghasilkan dua juta kit setiap minggu.

“Kita mempunyai dua jenis kit ujian. Satu daripadanya ialah berasaskan kit ujian serologi yang mampu diagnosis pesakit yang telah dijangkiti walaupun tiada sebarang simptom.
“Kita juga mempunyai kit ujian kedua dan kita telah mulakan pengeluarannya tiga minggu lalu. Kita sedang mengeluarkan 100,000 kit ujian ini seminggu dan ia telah pun berada di pasaran,” jelas Sattari lagi.

Iran juga memulakan pengeluaran besar-besaran alat ujian berasaskan rantai polimerase (polymerase chain reaction atau PCR) beberapa minggu yang lalu dan kini sudah berada di pasaran.

Ujian serologi berasaskan darah mampu mengenal pasti pesakit yang telah terdedah kepada koronavirus dengan melihat tindak balas imun mereka.

Sementara itu, Iran mencatatkan 125 kematian baharu pada Sabtu menjadikan angka korban akibat COVID-19 meningkat kepada 4,357 kes.

Selaian itu negara terbabit turut melaporkan 70,000 kes positif dan pihak berkuasa memaklumkan lebih daripada 40,000 telah pulih.

sumber : astro awani
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda