Bisnes

Kerajaan Digesa tambah jumlah bank di Nabawan dan Sook

image

NABAWAN:  Penambahan jumlah perkhidmatan bank serta mesin ATM di daerah ini dilihat mampu mengurangkan kesesakan sewaktu proses pengeluaran duit bagi satu-satu masa.

Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Kurup berkata pihaknya memang merancang umtuk menambah bilang bank sekaligus mesin ATM berikutan memahami masalah dihadapi penduduk setempat setiap kali mahu mengeluarkan wang.

“Kita bercadang menjemput wakil daripada beberapa bank untuk meninjau daerah ini dan Sook supaya mereka dapat melihat kesesuaian membuka cawangan mereka di sini.

“Setiap bank juga mempunyai banyak faktor yang perlu dilihat sebelum membuka cawangan di sesuatu kawasan termasuklah faktor kependudukan serta lokasi

“Bagaimanapun, usaha ini akan kita teruskan  pada masa akan datang agar dapat menyelesaikan masalah kesesakan di bank sedia ada,” katanya ketika ditemui pada pengagihan bungkusan makanan dan kepada Dewan Undangan Negeri (Dun) Nabawan dan Sook, dekat sini hari ini.

Sebanyak 1,000 bungkusan barangan keperluan harian diedarkan kepada penduduk Nabawan dan Sook sempena pelaksanaan PKP. -Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

Sebanyak 1,000 bungkusan berisi barangan keperluan harian diberikan kepada penduduk di dua kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Arthur menyatakan pihaknya memahami masalah berkaitan bank serta mesin ATM yang dihadapi penduduk setempat ketika ini.

“Setakat ini, memang hanya terdapat sebuah sahaja mesin ATM di sini.

“Penyaluran sumbangan seperti Bantuan Prihatin Negara (BPN) memanf sudah diputuskan agar disalurkan menerusi akaun bank penerima untuk mengelakkan orang awam keluar daripada rumah.

“Kesesakan pasti akan berlaku setiap tibanya hari gaji atau pembesaran bantuan daripada kerajaan.

“Kita memahami mungkin ada individu atau keluarga yang sangat memerlukan bantuan ini hingga terpaksa mengeluarkannya.

“Tetapi saya meminta individu yang boleh berurusan melalui atas talian agar memanfaatkannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini supaya dapat mengurangkan kesesakan di bank,” katanya. – SabahNewsToday

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda