Berita Semasa

COVID-19: PKP Akan dilanjutkan dua minggu lagi

image

PUTRAJAYA : Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama dua minggu iaitu bermula 15 hingga 28 April ini.

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, lanjutan tempoh berkenaan dibuat bagi memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangani COVID-19 dan pada masa mengelak penularannya dalam kalangan masyarakat.

"Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.

"Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugaspetugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat," "katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Jumaat. 
Kerajaan sebelum ini mengumumkan fasa pertama PKP bermula dari 18 hingga 31 Mac, diikuti dengan fasa kedua dari 1 April hingga 14 April.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda