Bisnes

COVID-19: Kadar pengangguran AS telah meningkat, kemelesetan ekonomi dijangka

image

WASHINGTON: Jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja mencatatkan peningkatan kes positif yang mendadak, malah meningkatkan kadar pengangguran di negara itu.

Dalam tempoh tiga minggu sahaja, 16.8 juta penduduk AS memohon untuk mendapatkan faedah pengangguran.

Buat minggu kedua berturut-turut, enam juta permohonan dikemukakan susulan kejatuhan ekonomi negara itu akibat COVID-19.

Laporan mingguan pengangguran oleh Jabatan Buruh AS mengukuhkan lagi unjuran penganalisis ekonomi bahawa kadar pengangguran akan mencecah 20 juta pada bulan ini.

Ini sekali gus mengukuhkan keyakinan bahawa ekonomi AS kini berdepan dengan kemelesetan yang teruk.

Menurut penganalisis kanan syarikat pekerjaan di Glassdor, Daniel Zhao, kerajaan AS perlu menggariskan keperluan segera bagi rangsangan fiskal untuk menghentikan kejatuhan ekonomi ke tahap lebih teruk.
Katanya, peningkatan kadar pengangguran itu akibat banyak premis perniagaan, termasuk restoran dan bar menutup operasi.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda