
DUBAI – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor tiba di Emiriah Arab Bersatu hari ini untuk menghadiri Ekspo dan Persidangan Keselamatan Maklumat Teluk (GISEC) di Pusat Dagangan Dunia Dubai.
Acara selama tiga hari mulai 14 Mac itu merupakan pameran keselamatan siber terbesar di dunia Arab dan persidangan yang menawarkan platform untuk pemimpin terus mendahului potensi ancaman selain strategi inovatif untuk kekal selamat.
Turut bersama Hajiji ialah Setiausaha Kerajaan Negri Sabah, Datuk Safar Untong, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie dan ahli-ahli lembaga pengarah, antara lain.
Pada hari Sabtu, Ketua Menteri dan rombongan akan terbang ke Mesir untuk bertemu dengan pelajar Sabah yang belajar di pelbagai universiti Timur Tengah.
Selepas Mesir, Hajiji ditemani isteri Datin Seri Juliah Salag akan menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.